welcome to my page yg agk sedang2...huhu

macam2 ragam n macam2 perkara da jadi atas muka bumi ini..
disini sy nk share per yg sy ske n sy x ske..mybe..
huhu..

Monday, December 20, 2010

KISAH SEORANG HAMBA ALLAH...

Tanggal 1987.Ketika C bukan nama sebenar berumur 7 tahun,die telah membantu keluarganya dengan menjual beraneka kueh dari rumah ke rumah.Dengan hanya membawa dua buah bakul sambil berjalan kaki ingin menghabiskan jualannya itu.Disamping itu jugak C menjual botol dan barang-barang kitar semula..C turut menjual makanan di hospital,balai polis, dan sekolah untuk mencari rezeki dan membantu keluarganya .Tidak kira hujan,ribut C tetap meneruskan penjualannya..C sangat susah hati apabila kueh yang dijualnya tidak habis dijual..Upah yang diperolehi oleh C kurang memuaskan sekiranya terjadi perkara sedemikian..Tiba satu saat C mengambil upah menjual kueh di gerai Pak Mat dan mendapat hasil upah rm10 sehari..Pengalaman demi pengalaman telah mendewasakan C dan C telah menjadi Tokey pada umurnya belasan tahun.Dengan keuntungan yang diperolehi,C dapat memiliki sebuah motosikal..

Sangkakan panas rupanya hujan ditengahari,dimana situasi ini penjualannya kurang memberi keuntungan dan membuatkan C putus asa.Kerana pada usia muda hati dan kekuatan diri kurang..C mengambil tindakan lain dengan berkerja di kedai-kedai makan sebagai pelayan..Banyak pengalaman yang diperolehi dan dijadikan pedoman ketika itu..Selepas itu C telah merasakan dirinya telah mempelajari banyak liku-liku hidup seorang yang berkecimpung dalam perniagaan makanan dari kecil hingga besar..C telah beroleh arah dan bekerja sebagai buruh kasar di kelantan dan kedah selama dua tahun setengah..Pengalaman yang dialaminya telah membuatkan dia tahu erti kehidupan sebenar..Dimana C telah bekerja dengan orang berbangsa nepal,bangla,indonesia,myamar dan vietnam..C telah ditukarkan ke Langkawi untuk melakukan kerja-kerja memasang cable car..Pinggangnya telah mengalami kecederaan akibat kerja berat..Disebabkan kerja itu amat merbahaya bagi dirinya,dia telah mengambil keputusan berhenti kerja dan menganggur selama satu tahun di kampung..Dengan berkat dan rezeki dari Tuhan yang Maha berkuasa C telah mendapat rezeki berkerja di sebuah intitusi kerajaan..

Selang beberapa tahun jodohnya sudah tiba..Dan mengakhiri zaman remajanya dengan berkahwin dengan pasangan pilihannya sendiri..Tidak sampai beberapa bulan C telah dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan ..Selepas itu dikurniakan seorang putera..Dan hidupnya mula menjadi lebih stabil berbanding sebelum ini...Sekarang tujuan hidupnya adalah melaksanakan tanggungjwabnya terhadap keluarga tersayang..Dimana keluarga adalah segala-galanya..

Disini aku ingin menyatakan tidak semestinya hidup seseorang itu susah dan akan susah untuk selamanya..Dengan berkat usaha dan sokongan dari beberapa pihak telah menjadikan seseorang itu berjaya dalam hidup..BERAKIT-BERAKIT KE HULU BERENANG-RENANG KETEPIAN..BERSAKIT DAHULU BERSENANG KEMUDIAN..

Monday, December 6, 2010

HANYA SATU CINTA

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....Keimananku.....

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku..... Keimananku...

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.....

Oh Tuhan .. s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .. jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Friday, November 12, 2010

BERPADA-PADALAH DALAM MEMBENCI

Benci dan dendam mungkin ada dalam setiap diri kita. Cuma bezanya, sejauh mana dan sebanyak mana kita membenci dan mendendami. Bagaimana kita menguruskan benci dan dendam, dan bagaimana pula ia mempengaruhi kehidupan kita, bukan saja ketika hidup di dunia, bahkan di akhirat kelak. Ini yang harus kita renung-renungkan.

Saya pernah terbaca, pesan seorang bijak pandai, ingat dua perkara dan lupa dua perkara.

Ingat kebaikan orang kepada kita dan ingat kejahatan kita kepada orang.
Lupa kebaikan kita kepada orang dan lupa kejahatan orang kepada kita.

Mudahnya pada saya, pesanan tersebut mampu menjadi kunci agar kita mudah memaafkan orang lain, tidak membenci dan apatah lagi mendendami andai kita mampu mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian kita.

Hate the sin, not the sinner.

Kata-kata tersebut juga, jika direnungkan, boleh membuatkan kita terhindar dari sifat-sifat negatif. Benci dan dendam.

Dan dalam membenci, biarlah benci yang berlandaskan syariat Islam. Benci apa yang dibenci oleh agama, oleh rasul dan Tuhan. Benci kepada maksiat. Benci kepada kemungkaran. Benci kepada sifat-sifat buruk dan keji.

Katakan, Ali (bukan nama sebenar) melakukan maksiat, meminum arak, menipu dan mengkhianati. Maka bencilah sifat buruk yang ada pada Ali itu. Atau Siti memutuskan silaturrahim maka bencilah perbuatannya itu. Namun dalam diri Ali dan Siti, bukanlah semuanya buruk, mungkin dalam dirinya juga ada sifat-sifat baik yang lain, maka, jangan pula kerana sikapnya yang buruk, kita membencinya secara pukal sekaligus menolak kebaikan dalam dirinya.

Dan mungkin juga dia banyak melakukan kejahatan, tapi bila mana dia mengingsafi diri dan bertaubat, maka, janganlah lagi terus membencinya, maafkanlah dan terimalah dia dengan seadanya. Yang kita benci adalah sifat buruknya, maka bilamana sifat buruknya itu telah tiada, maka kenapa harus simpan perasaan benci itu?? Kita benci pada siapa?? Pada makhluk ciptaan Allah! Apakah kita layak?? Siapa kita?? Bukankah kita juga cuma seorang hamba?? Astagfirullah...

Nabi bersabda;

“Sesiapa yang ada padanya empat sifat dia benar-benar munafik, sesiapa yang ada satu daripadanya bererti dia ada satu sifat munafik. Sehingga dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia dusta, apabila dipercayai dia khianat, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila bertengkar dia melampaui batas.” (Hadis riwayat Bukhari)

Allah pula berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 190;

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.”

Sesungguhnya Islam melarang kita bersikap melampaui batas. Oleh itu, berpada-padalah dalam membenci. Jangan kerana benci kita itu, kelak ia memakan diri dan membinasakan diri kita sendiri. Jangan kerana benci itu, kita dibenci makhluk di bumi dan di langit. Jangan kerana benci itu, kita dibenci Allah. Naauzubillahiminzalik.

Sunday, June 13, 2010

UR ARE MY HERO

Kini idopku mencecah 19 tahun..tetapi bagi diriku kebebasan bagi seorang remaja seperti diriku ini tiada makna apa-apa..Aku telah melalui banyak dugaan dan cobaan daripada ALLAH S.w.t..Maksud aku disini aku telah diasuh oleh kedua ibu bapaku denagn cukup baik,iaitu dengan kasih sayang yang cukop,kelengkapan yang cukup,keselesaan da macam2 lagi..terima kasih papa n mama..kakak sayang sangat ngan papa ngan mama..Tapi    kakak ade somthing yang agak kurang selesa dengan papa..maaf papa..anakmu ini terlalu degil bagi dirimu..maafkan anaknda..tetapi kenapa papa terlalu ketat mengawal diriku??mengapa susah sangat untuk aku merasai keremajaan diriku ini tanpa menipu dirimu??bukan mksd anaknda untuk menipu dirimu..tetapi aku terpaksa kerana jiwa ku meronta2 untuk melakukan seperti mana remaja laen lakukan..aku juga remaja ayahnda dan perlu tahu banyak liku2 di dalam dunia ini untuk aku idop berdikari..Tapi ayahnda x pernah bg diriku peluang untuk aku buktikan bahawa aku juga mampu berdikari seperti remaja laen..memang aku paham aku adalah anak perempuan dalam adik beradik ku,tapi tak beerti papa boley sekat aku dari melakukan apa2..Anakmu menjadi degil disebabkan jiwa nya memberontak..dia ingin merasai erti remaja yang sebenar..Aku tahu papa lakukan semua ini untuk kebaikan diriku juga..tapi perlu ke menyekat aku untuk lakukan aktiviti bersama2 teman2 ??Hati ini sentiasa memberontak apabila meminta keluar bersama membe2 papa mengatakan tidak..Disebabkan itu sometimes aku mngambil tindakan sndri untuk tidak memberitahu parentsku bahawa aku keluar bersama2 mmbe2 untuk merasai idop remaja dan merasai sdikit enjoy.Disamping itu untuk merawat hati yang agak kurang stabil disebabkan sikap papa yang tidak pernah bagi anak perempuan sulongnya ini berseronok dengan mmbe2 buat seketika...Sekali lagi maaf dari anaknda mu ini yang agak keterlaluan dan jahat ini..hurm..Ye,aku sedih sangat memperlakukan begini,tapi aku juz ingin merawat hati aku ini supaya tidak memberontak ke arah yang tidak betol..Setiap kali aku meminta dengan cara elok ttp papa ku ttp jugak berkeras tidak memberi aku keluar,aku tros jadi geram n automatik air mata ku mengalir..maklumla aku nie agak cengeng orangnye..hurmm...Semakin hari umurku makin meningkat dan pemikaran ku jgak beransur menjadi lebey matang..Aku boleyh memikirkan bahawa papa lakukan semua ini untuk diriku juga..Berapa ramai anak gadis diluar sana yang agak cetak moralnya..Agama ntah kemana,Akhlak ntah kemana..dikesempatan ini aku berterima kasih banyak2 kepada papa ku sendiri kerana telah membuat anakmu ini seorang yang still ada akhlaknya..still hormat org tua dan telah membntuk anakmu ini seorang yang bukan remaja yang rosak.Dimana terdapat ramai diluar sane yang telah rosak akhlaknye....Aku bersyukur YA Allah kerana Allah tlah memberi aku seorang papa yang x pernah letih untuk mengawal anakmu yang degil ini..Mungkin sometms anakmu marah sngat dengan dirimu..maafkan anaknda....Kerana diriku kini telah sedar dengan adanya kamu aku masih lagi seorang gadis..UR ARE MY HERO PAPA..SALAM SAYANG DARI ANAKMU..