welcome to my page yg agk sedang2...huhu

macam2 ragam n macam2 perkara da jadi atas muka bumi ini..
disini sy nk share per yg sy ske n sy x ske..mybe..
huhu..

Monday, December 20, 2010

KISAH SEORANG HAMBA ALLAH...

Tanggal 1987.Ketika C bukan nama sebenar berumur 7 tahun,die telah membantu keluarganya dengan menjual beraneka kueh dari rumah ke rumah.Dengan hanya membawa dua buah bakul sambil berjalan kaki ingin menghabiskan jualannya itu.Disamping itu jugak C menjual botol dan barang-barang kitar semula..C turut menjual makanan di hospital,balai polis, dan sekolah untuk mencari rezeki dan membantu keluarganya .Tidak kira hujan,ribut C tetap meneruskan penjualannya..C sangat susah hati apabila kueh yang dijualnya tidak habis dijual..Upah yang diperolehi oleh C kurang memuaskan sekiranya terjadi perkara sedemikian..Tiba satu saat C mengambil upah menjual kueh di gerai Pak Mat dan mendapat hasil upah rm10 sehari..Pengalaman demi pengalaman telah mendewasakan C dan C telah menjadi Tokey pada umurnya belasan tahun.Dengan keuntungan yang diperolehi,C dapat memiliki sebuah motosikal..

Sangkakan panas rupanya hujan ditengahari,dimana situasi ini penjualannya kurang memberi keuntungan dan membuatkan C putus asa.Kerana pada usia muda hati dan kekuatan diri kurang..C mengambil tindakan lain dengan berkerja di kedai-kedai makan sebagai pelayan..Banyak pengalaman yang diperolehi dan dijadikan pedoman ketika itu..Selepas itu C telah merasakan dirinya telah mempelajari banyak liku-liku hidup seorang yang berkecimpung dalam perniagaan makanan dari kecil hingga besar..C telah beroleh arah dan bekerja sebagai buruh kasar di kelantan dan kedah selama dua tahun setengah..Pengalaman yang dialaminya telah membuatkan dia tahu erti kehidupan sebenar..Dimana C telah bekerja dengan orang berbangsa nepal,bangla,indonesia,myamar dan vietnam..C telah ditukarkan ke Langkawi untuk melakukan kerja-kerja memasang cable car..Pinggangnya telah mengalami kecederaan akibat kerja berat..Disebabkan kerja itu amat merbahaya bagi dirinya,dia telah mengambil keputusan berhenti kerja dan menganggur selama satu tahun di kampung..Dengan berkat dan rezeki dari Tuhan yang Maha berkuasa C telah mendapat rezeki berkerja di sebuah intitusi kerajaan..

Selang beberapa tahun jodohnya sudah tiba..Dan mengakhiri zaman remajanya dengan berkahwin dengan pasangan pilihannya sendiri..Tidak sampai beberapa bulan C telah dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan ..Selepas itu dikurniakan seorang putera..Dan hidupnya mula menjadi lebih stabil berbanding sebelum ini...Sekarang tujuan hidupnya adalah melaksanakan tanggungjwabnya terhadap keluarga tersayang..Dimana keluarga adalah segala-galanya..

Disini aku ingin menyatakan tidak semestinya hidup seseorang itu susah dan akan susah untuk selamanya..Dengan berkat usaha dan sokongan dari beberapa pihak telah menjadikan seseorang itu berjaya dalam hidup..BERAKIT-BERAKIT KE HULU BERENANG-RENANG KETEPIAN..BERSAKIT DAHULU BERSENANG KEMUDIAN..

2 comments:

  1. eyh.. ang pon ada ujga blog,,
    btw, keep blogging !

    ReplyDelete
  2. trus c jer...maner citer a ngn b??pape pn..like that story...(^^)

    ReplyDelete